KULAI, 7 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor merampas 422 helai telekung menggunakan jenama 'Siti Khadijah' disyaki tiruan di sebuah rumah kedai di Taman Nusa Bestari, Skudai, dekat Johor Bahru, semalam.

MELAKA, 7 Mac (Bernama) -- Cef di seluruh negara memainkan peranan penting dalam usaha mempromosikan hidangan tradisional Malaysia terutamanya ke persada antarabangsa, titah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menjual 500 unit kameranya yang baru dilancarkan, X-H1 dan dapat menguasai 30 peratus bahagian pasaran tempatan dalam segmen kamera tanpa cermin ringan dalam negara menjelang akhir 2018.

SEREMBAN, 7 Mac (Bernama) -- Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar), Paroi dekat ini akan dijadikan sebagai Pasar Rakyat atau pusat jualan barang harga berpatutan.

Jika kita tidak peka dengan perubahan semasa serta tidak 'up-to-date', kita akan tercicir dan ketinggalan di belakang selain sukar untuk bersaing dengan peniaga dan usahawan lain.

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh dua hingga tiga tahun, ramai peserta program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) telah membuktikan kebolehan mereka dengan menembusi bidang perniagaan yang sebelum ini jarang diceburi oleh usahawan bumiputera.

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedia meneliti untuk meningkatkan jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan miskin bandar, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Othman Aziz.