Cawangan KWSP Segamat Berpindah Ke Lokasi Baharu Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Bermula Isnin ini, cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beroperasi di 120, Jalan Genuang, Segamat, Johor akan berpindah ke lokasi baharu di No.5 & 6 Jalan Genuang Perdana, Taman Genuang Perdana.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata langkah itu membolehkan pencarum berurusan dengan lebih selesa.

"Cawangan baharu ini dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk untuk orang kelainan upaya," katanya dalam kenyataan Jumaat.

Semua kaunter di cawangan baharu itu dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 8.45 pagi hingga 4.45 petang.



-- BERNAMA