Program Kem Tahfiz Sempena Cuti Sekolah Anjuran Masjid Negara

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kem Tahfiz Masjid Negara akan diadakan dari 19 Dis hingga 23 Dis ini sempena dengan cuti sekolah tahun ini.

Ia terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang boleh membaca Al-Quran yang berusia dari sembilan tahun sehingga 12 tahun.

Penyertaan terhad kepada 150 orang peserta yang dikenakan bayaran RM100 seorang, demikian menurut kenyataan penganjur pada Rabu.

Mereka yang berminat menyertai boleh menghubungi urus setia program di talian 03-26937784 atau Ustaz Raqib menerusi telefon 017-6954521.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang rasmi Masjid Negara iaitu www.masjidnegara.gov.my/portal bagi mendapatkan borang penyertaan.

Objektif program ini adalah melahirkan generasi yang celik Al-Quran, berilmu dan beramal selain melahirkan rasa cintakan Al-Quran ke dalam jiwa malah memberi pendedahan dan kemahiran asas menghafaz Al-Quran.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 Dis.

--BERNAMA