Pencen Dibayar Awal Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Okt.

Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Okt.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Okt.

-- BERNAMA