Gangguan Bekalan Air Di Kulim Esok

KULIM, 28 Julai (Bernama) -- Beberapa kawasan perumahan, kilang dan kampung di sekitar sini akan mengalami gangguan bekalan air dari pukul 11 pagi hingga pukul 7 malam esok ekoran kerja-kerja membaiki paip utama.

Menurut Jabatan Bekalan Air Kedah antara kawasan terbabit ialah keseluruhan kawasan Paya Besar dan kawasan perumahan di Junjong, Taman Kempas, Taman Cengal, Taman Sri Petaling dan Bukit Kulim, kawasan Kilang Lama hingga ke lampu isyarat Sungai Seluang, BKE, Jalan Tunku Bendahara dan Kampung Darul Aman.

Taman Nenas, Taman Bidara, Kg Keladi, Pondok Labu, Desa Kasturi, Taman Melati, Taman Rambai, Taman Merak, Taman Bestari, Kampung Sungai Ular, Ladang Anak Kulim, Kampung Terap, Kampung Batu 12, Ladang Somme, Kampung Badlishah, Kampung Durian Burung.

Kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim, kawasan Kulim Industrial Estate, Kampung Padang Cina dan Taman Sepilai, keseluruhan Batu Puteh, Sungai Kob Karangan dan Selarong Panjang, Taman KTC dan Kulim Perdana.

Gangguan juga akan berlaku di seluruh kawasan Taman Sejati Indah, Sungai Petani bermula 9 pagi hingga 6 petang disebabkan kerja-kerja pemasangan injap.

-- BERNAMA