37 Buku Agama Islam Diharam Kerana Fakta Menyeleweng

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengharamkan 37 judul buku serta penerbitan mengenai agama Islam kerana didapati mempunyai fakta yang menyeleweng dan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

Daripada jumlah itu, 21 judul adalah dalam bahasa Inggeris yang diterbitkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jordan manakala 16 tajuk lagi adalah dalam bahasa Melayu yang diterbitkan oleh penerbit tempatan serta penerbit dari Indonesia.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran, Che Din Yusoh, berkata penerbitan itu dikenakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana isi kandungan serta penulisan yang menyentuh kesucian agama Islam, menyelewengkan fakta dan ajaran Islam sebenar atau mempunyai unsur yang menyesatkan akidah, serta menghina nabi dan rasul.

"Sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dalam kalangan umat Islam dan seterusnya boleh memudaratkan ketenteraman awam," katanya dalam dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Senarai tajuk buku serta penerbitan, nama pengarang, penyusun atau penterjemah, penerbit serta dari negara mana buku berkenaan dicetak disenaraikan dalam Warta Kerajaan bertarikh 26 April 2007.

Tajuk buku serta penerbitan dalam bahasa Inggeris yang diharamkan ialah;

+ Unveiled At Last: Bob Sjogren (YWAM Publishing, US);

+ The Last of the Giants: George Otis Jr (Fleming H.Revell,US);

+ Inside the Community: Understanding Muslims Through Their Traditions: Phil Parshall (Baker Books, US);

+ Now You Can Know What Muslims Believe:- (Ministries to Muslims, US);

+ Blind Following of Madhhabs: Shaykh Muhammad Sultaan (Al-Hidaayah Publishing, UK);

+ My Journey from The Christianity of Ahlul Sunnah Wal Jamaah To The Islam Of The Prophet: Saim Bakar;

+ Answering Islam The Crescent in Light of the Cross: Norman L Geisler, Abdul Saleeb (Baker Books, US);

+ Islam in Context Past, Present and Future: Peter G. Riddell, Peter Cotterell (Baker Academic, US);

+ Feminism and Islamic Fundamentalism, The Limit of postmodern analysis: Haideh Moghissi (Zed Books Ltd,UK);

+ Islam At The Crossroads Understanding Its Beliefs, History and Conflicts: Paul Marshall, Roberta Green, Lela Gilbert (Baker Books, US);

+ Glad News! God Loves You My Muslims Friend: Samy Tanagho (Authentic Media, US);

+ The Fifth Pillar A Spiritual pilgrimage: David Zeidan (Piquant, Great Britian);

+ Heart of the Koran oleh Lex Hixton (The Theosophical Publishing House, US);

+ The Life and Times of Muhammad: Sir John Glubb (Madison Books, US);

+ Inside Islam The Faith, The People And The Conflicts of the World's Fastest Growing Religion, - (Marlowe & Company, US);

+ Jesus and Muhammad Profound Differences and Suprising Similarities: Mark A. Gabriel (Charisma House,US);

+ Nine Parts of Desire The Hidden World of Islamic Women: Geraldine Brooks (Anchor Books,US);

+ Introducing Islam: The Basics: Kim Whiteheads (Mason Crest Publishers, Jordan);

+ Introducing Islam: Islam, Christianity, and Judaism: Dorothy Kavanaugh (Mason Crest, Jordan);

+ Murder in the Name of Allah: Hazrat Mirza, Tahir Ahmad (Lutterworth Press, Great Britain); dan,

+ The New Paths in Muslim Evangelism, Evangelical, Approaches to Contextualization (Baker Book House, US).

Buku terbitan tempatan yang diharamkan ialah;

+ Ringkasan Mafatih Al-Jinan Kunci Pembuka Syurga: Syeikh At-Tuisy (Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur);

+ Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat: Ustaz Rasul Bin Dahri (Perniagaan Jaha Bersaudara, Johor); dan,

+ Apa itu Ahmadiyah ?: Mirza Bashiruddin, Mahmud Ahmad (Jemaat Islam Ahmadiah, Batu Caves).

Buku yang diterbitkan di Indonesia pula ialah;

+ Petunjuk Membuat Azimat dan Benda Bertuah: Abd. Hamid Zahwan (CV.Aneka, Solo),

+ Islam Tanpa Syariat Menggali Universalitas Tradisi: Ziauddin Sardar (Penerbit Grafindo);

+ Ombak Hidup Mengalami Damai Di Mata Taufan - (Yayasan Isahi Nusantara, Jakarta),

+ The Passion of Christ Kesengsaraan Al-Masihi; Mujarobat Ilmu Kekebalan: Ahmad Toha, Abdul Ghoni (CV Bintang);

+ Menyoal Relevensi Sunnah Dalam Islam Modern: Daniel W. Brown, Jaziar Radianti (Penerbitan Mizan, Bandung);

+ Rahsia Manusia Menyingkap Ruh Ilahi: Syekh Nur ad-Din ar-Raniri (Pustaka Sufi, Yogyakarta);

+ Ikhtisar Tajul Muluk (Mahkota Raja): Abd.Hamid Zahwan (CV Aneka, Solo);

+ Pilihan Do'a Jaljalut Mengantisipasi Gejolak Zaman Modern: Muh. Rofi'.SI (CV Aneka, Solo);

+ Pengantar Psikologi Al-Quran Dimensi Keilmuan di balik Mushaf Utsmani: Dr Lukman Saksonro (PT Grafikatama Jaya);

+ One True God Risiko Sejarah Bertuhan Satu: Rodney Stark, Sadat Ismail (Penerbit Qalam,Yogyakarta);

+ Tasawuf Dalam Qur'an: Dr Mir Valiudin (Pustaka Firdaus, Jakarta); dan,

+ Wahdat Al-Adyan Dialog Pluralisme Agama: Fathimah Usman (LK iS Yogyakarta).

-- BERNAMA