Nombor Telefon Baru Pejabat KWSP Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari Selasa mengumumkan pertukaran nombor telefon talian umum bagi pejabatnya di Wilayah Persekutuan berkuatkuasa Isnin, 19 Sept ini.

Dalam satu kenyataan di sini, agensi itu memaklumkan bahawa pejabat KWSP Wilayah Persekutuan dan pejabat cawangan Kepong, Bandar serta Cheras boleh dihubungi melalui talian umum 03-26946566, 03-26947566, 03-26948566 dan 03-26949566.

Nombor telefon yang digunakan sekarang iaitu 03-26932166 akan ditamatkan perkhidmatan mulai tarikh itu.

Orang ramai juga boleh menghubungi KWSP melalui pusat panggilan di talian 03-87326000 atau laman web www.kwsp.gov.my.

-- BERNAMA