:: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan





Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan Datuk Abu Ubaidah Redza (kanan) bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Sembilan Azizan Abdullah (kiri) melihat harga ayam yang ditawarkan kepada pengguna pada Pelancaran Skim Kawalan Harga Sempena Tahun Baru Cina di TF Value Mart.

4,752 Premis Di N.Sembilan Diperiksa Sepanjang Musim Perayaan Tahun Lepas

PORT DICKSON, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan membuat pemeriksaan ke atas 4,752 premis di seluruh negeri berkenaan sepanjang lima musim perayaan tahun lepas, di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan.

Pengarahnya Ain Arjuna Aziz Zaman berkata pemeriksaan terhadap premis itu dilakukan semasa sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas.

"Daripada jumlah pemeriksaan yang dijalankan, 39 kes dihasilkan dan RM2,004.68 nilai rampasan direkodkan manakala jumlah kompaun yang diterima daripada keseluruhan kes sebanyak RM7,700," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di sini, hari ini.

-- BERNAMA