Firefly Lancar Promosi Hujung Tahun

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- FireFly Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines Bhd, melancarkan promosi penerbangan hujung tahunnya ' Seats Are All Yours' dengan tambahg sehala daripada RM149 ke semua destinasi domestik.

Destinasi meliputi hab utama di Subang (Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Alor Setar.

"Di FireFly, pelanggan adalah segala-galanya. Kami menyedari penumpang sentiasa bergerak dan mahukan perkhidmatan yang lancar," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ignatius Ong dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu baru-baru ini memperkenalkan FY e-wallet, kemudahan tanpa tunai. yang memberi akses kepada pelanggan untuk membeli tiket pada bila-bila masa, tanpa perlu bimbang transaksi yang tidak berjaya semasa menggunakan kad debit atau kad kredit.

Ia juga menyediakan FY c-wallet untuk dinikmati dunia korporat.

"FY adalah Untuk Anda dan merupakan jenama utama dan arah tuju pemasaran bagi 2018," kata Ong.

-- BERNAMA