Hujan Lebat Berterusan Di Semenanjung Dan Sarawak Hingga Ahad - MET Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak bermula hari ini sehingga Ahad ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Alui Bahari.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Alui memaklumkan bahawa keadaan itu berlaku berikutan luruan monsun dari pedalaman China yang dijangka bertumpu di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

"MET Malaysia telah mengemaskini Amaran Cuaca Waspada melibatkan negeri-negeri berikut iaitu Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu, Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Mersing dan Kota Tinggi) serta Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah)," kata Alui.

Jelas Alui, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur, Semenanjung dalam tempoh itu.

-- BERNAMA