Gangguan Perkhidmatan MySYABAS Dan Laman Sesawang Syabas 15-16 Sept

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Aplikasi 'MySYABAS' dan laman sesawang Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) akan mengalami gangguan perkhidmatan pada 15 dan 16 September ini berikutan kerja penyelenggaraan serta pengemaskinian pelayan sistem teknologi maklumat.

Gangguan itu bermula 9 malam (15 Sept) sehingga 6 pagi (16 Sept).

Syabas dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pelanggan tidak akan dapat melayari laman web www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar sepanjang tempoh penyelenggaraan itu.

"Pelanggan masih boleh menghubungi kami (Syabas) melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) di talian 15300 atau e-mel puspel@airselangor.com,"menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA