Harga Mingguan Petrol, Diesel Naik

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 naik satu sen kepada RM2.21 seliter, manakala RON97 naik empat sen kepada RM2.52 seliter bermula tengah malam ini hingga 20 Sept.

Harga runcit diesel pula naik sembilan sen kepada RM2.14 seliter.

Ini dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui infografik di laman webnya.

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 7 hingga 13 Sept, harga runcit mingguan bagi RON95 ialah RM2.20 seliter, RON97 (RM2.48 seliter) dan diesel (RM2.05 seliter).

-- BERNAMA