:: KEMPEN “LOCK-ON-LOW” (LOL) DI SELURUH PASAR RAYA BESAR GIANT SELURUH MALAYSIA. HARGA DIKUNCI, DIKEKALKAN SEHINGGA DIS 2017 UNTUK BARANGAN TERPILIH :: 'KEMPEN PENURUNAN HARGA' MERUPAKAN SATU INISIATIF KPDNKK DALAM MENGGALAKKAN PENIAGA MEMBERI HARGA YANG MUNASABAH DAN SESUAI DENGAN KUASA PERBELANJAAN PENGGUNA.






BUKIT MERTAJAM, 19 Jan (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi membabitkan nilai rampasan sebanyak RM166,454 di sebuah stor di Nibong Tebal, dekat sini malam tadi.


Berita Lain :

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- "Kalau nak diikutkan memang kami belum mampu nak beli rumah, tapi memikirkan jika tak beli sekarang, bila lagi? Lagi pun harga rumah makin lama makin naik.

"Amat bersyukur bila dapat tahu tentang Skim Pembiayaan Rumah Pertamaku (MyDeposit). Alhamdulillah, macam mimpi jadi kenyataan bila dah ada rumah sendiri...Tak kisahlah kecil ke besar ke, yang penting hak sendiri untuk berteduh bersama suami dan anak-anak, " kata Norjauharatul Wahidah Zakaria, 32, mengukir senyuman.

Terpancar rasa puas di wajahnya ketika menceritakan kepada penulis bagaimana inisiatif kerajaan yang diperkenal sejak 2016 itu memberi makna besar kepada golongan muda dengan pendapatan sederhana seperti dirinya untuk memiliki kediaman sendiri.

Sekitar dua tahun lepas wanita yang mesra dipanggil Wahidah dan berasal dari Kuala Terengganu ini "mencuba nasib" memohon skim MyDeposit selepas terbaca maklumat mengenainya di Facebook dan aplikasi 'Whatsapp' yang dikongsi rakan-rakannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perlaksanaan skim berkenaan pada 6 April 2016, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Rencana Lain :