Oleh Ahmad Erwan Othman

BAGAN DATUK (Bernama) -- Ramai yang beranggapan bahawa obor-obor atau ampai-ampai (jelly fish), mempunyai sengatan yang begitu 'tajam dan pedih' sehingga mampu melumpuhkan anggota badan buat seketika atau hingga boleh membawa maut.

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Boleh dikatakan tidak ada asas langsung untuk melabel Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai satu bentuk rasuah sedangkan lebih 63 negara di seluruh dunia memberikan bantuan serupa dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan.

Oleh Ani Awang

PARIT BUNTAR (Bernama) -- Hidangan kambing golek dan kambing bakar kini semakin popular pada setiap kali majlis kenduri anjuran penduduk di sekitar daerah Kerian dan utara Perak.

Oleh Rohana Nasrah

Ini adalah bahagian pertama daripada dua siri rencana mengenai kesesakan lalu lintas di bandaraya Kota Kinabalu dan pelan perancangan menjadikan Kota Kinabalu bandaraya selesa didiami.

KOTA KINABALU (Bernama) -- Keadaan trafik di Kota Kinabalu sekarang sudah banyak berubah dan semakin hari, kesesakan lalu lintas semakin menghantui penduduk terutama yang bekerja di pusat bandar dan kawasan berhampiran.

Oleh Mohd Firdaus Md Saisi

SHAH ALAM, 21 Dis (Bernama) -- Tindakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membenarkan pencarum menggunakan wang caruman mereka bagi membayar wang pendahuluan untuk membeli rumah berjaya merealisasikan hajat pekerja berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

CYBERJAYA (Bernama) -- Dengan jumlah pengguna internet seramai 20.1 juta di seluruh negara, pemantauan internet sudah lama menjadi topik hangat masyarakat yang risaukan implikasi buruk salah guna internet.

Kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada tahun 2014 mendapati kebanyakan kanak-kanak di negara ini mula memiliki telefon bimbit pada usia 12 tahun.

Kejadian demi kejadian melibatkan jenayah dan keruntuhan moral turut dikaitkan dengan kecanggihan dunia komunikasi hari ini.

Bulan lalu, kejadian kanak-kanak perempuan diberi dadah dan dicabul oleh lelaki berumur 24 tahun di Alor Setar, Kedah selepas berkenalan melalui aplikasi WeChat kembali menimbulkan keresahan ibu bapa.

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR (Bernama) -- 'Mahalnya', mungkin itu adalah ayat yang begitu popular ketika ini dalam kalangan masyarakat sebaik pelaksanaan rasionalisasi harga minyak masak pada 1 Nov lepas.