:: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan




Oleh Kurniawati Kamarudin

GERIK (Bernama) -- Menikmati menu makan tengah hari yang dihidangkan bersama ikan pekasam memang membangkitkan selera. Tambahan jika pekasam yang dihasilkan mengguna si raja sungai, ikan kelah.

Oleh Sakini Mohd Said

CYBERJAYA (Bernama) -- Kalau hendak berniaga, kenalah cari sesuatu yang mempunyai permintaan tinggi dan menguntungkan. Itu antara pandangan atau pemahaman masyarakat terhadap dunia penuh mencabar yang melibatkan jual beli.

Oleh Ali Imran Mohd Noordin

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jam tangan adalah antara aksesori diri yang biasa dijadikan ukuran personaliti si pemakai, di samping memperhebat penampilan dan keyakinan diri.

Justeru pemilihan jam tangan yang tepat adalah penting untuk individu yang mementingkan penampilan diri yang berkarisma, bergaya dan dalam masa yang sama tidak mengorbankan keselesaan si pemakai.

Sejak 35 tahun lalu rangkaian jam tangan jenama Alba telah dikenali rakyat negara ini sebagai jenama jam terkemuka terutamanya melalui penajaan selama lima tahun di Kejohanan Badminton Dunia pada tahun 80-an.

Oleh Soon Li Wei

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Satu ketika dahulu suri rumah Cheng Hor Kie, 43, buntu dengan beg sekolah anaknya yang seringkali mengalami kerosakan di bahagian zip.

Meskipun hanya mengalami kerosakan kecil, Cheng terpaksa membuang beg lama dan menggantikannya dengan yang baharu dengan harganya boleh mencecah lebih RM60 satu. Apalagi, beliau tidak pun tahu cara untuk membaikinya.

Bagi golongan berpendapatan rendah seperti Cheng, beg sekolah bukan satu yang murah apatah lagi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dewasa ini.

Namun sejak sebulan lalu, Cheng sekeluarga dapat menarik nafas lega apabila jirannya memperkenalkan kepadanya sebuah kedai khusus untuk membaiki segala jenis kerosakan pada beg.

Oleh Nur Aimidiyana Zuher

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kebelakangan ini, saban hari orang ramai mencongak kedudukan nilai Ringgit Malaysia yang semakin menyusut. Apakah penyusutan nilai Ringgit Malaysia benar-benar memberi kesan kepada rakyat negara ini?

Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Peribahasa "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" memang jarang kita dengar pada zaman sekarang.

Oleh S. Kisho Kumari

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Kumpulan dan pertubuhan pencinta alam sekitar dan pengguna berasa cemas apabila menyedari bahawa tahap kesedaran dan kesediaan orang ramai terhadap pengasingan sisa pepejal masih terlalu rendah sedangkan pelaksanaan pengasingan sisa pepejal secara mandatori kepada isi rumah akan dikuatkuasakan kira-kira sebulan lagi iaitu pada 1 Sept ini.