:: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan




Oleh Norshazlina Nor'azman

PADANG BESAR (Bernama) -- Jika dahulu, untuk sampai ke Perlis dari Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 10 jam diperlukan sekiranya menaiki kereta api konvensional atau jika inginkan masa lebih pendek, perlu memandu sendiri atau menaiki bas.

Oleh Hafizah Tan dan Suziela Che Mat

KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Kewujudan 'kereta sapu' di Lembah Klang amat menekan pemandu teksi yang mendakwa ia bukan sahaja menjejaskan pendapatan mereka tapi turut menggalakkan wujudnya pengendali kereta sapu tanpa kawalan

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Penyalahgunaan antibiotik bakal mewujudkan keadaan di mana kuman atau bakteria dalam tubuh manusia menjadi lebih kebal atau digelar 'superbug' dalam istilah kesihatan.

Diari Beijing oleh Samantha Tan Chiew Ting

BEIJING (Bernama) -- Lama penulis perhatikan wanita tua itu begitu tekun menghadap skrin telefon bimbitnya. Jari-jemarinya terketar-ketar menekan skrin. Rupanya wanita itu, Li Huiying, 80, sedang melakukan urus niaga dalam talian.

Li yang berasal dari Beijing adalah antara jutaan rakyat China, muda dan tua, yang berurus niaga dalam talian. Urus niaga ini, sama ada untuk membeli-belah, urusan pembankan atau perniagaan dengan mudah dapat dilakukan dengan hanya menekan butang di skrin.

Saya berkenalan dengan wanita tua ini di sebuah bank di sini baru-baru ini. Mudah untuk berbual dengan wanita ini kerana beliau sememangnya seorang yang peramah.

Oleh Jenny Imanina Lanong Abdullah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kesedaran tentang kepentingan melindungi Harta Intelek (IP) di Malaysia menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila jumlah permohonan mendaftarkan Harta Intelek kian bertambah dari tahun ke tahun.

Oleh Ima Aimi Nadia Ibrahim

ALOR SETAR (Bernama) -- Biru, Hijau, Coklat dan Ungu... Itu antara warna kanta lekap (contact lens) yang digilai golongan remaja masa kini yang ingin kelihatan cantik dan menawan seperti pelakon dan penyanyi pujaan mereka.

Oleh Nur Aimidiyana Zuher

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Beberapa kumpulan pengguna menyuarakan kebimbangan berhubung kenaikan kadar tol yang dijangka menambah lagi tekanan dan bebanan terhadap kos sara hidup, yang semakin meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.