Dr Mohd Khairie Ahmad Foto Bernama

Iklan Melampau Berleluasa Dan Terang-Terangan

Oleh Erda Khursyiah Basir

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dah ketandusan idea sangatkahsampai mereka buat begini? Malunya kalau anak nampak,? keluh seorang ibu, Nurhayati Zainuddin, 39, tatkala melihat iklan "ubat kuat lelaki"yang terpampang di bahu lebuh raya.

Sudahlah mempromosi produk golongan dewasa secara terang-terangan, malah iklan berkenaan menggunaperkataan-perkataan yang tidak sepatutnya dipertontonkepada umum, lebih-lebih lagisi cilik.

Pendek kata, kebanyakan iklan seumpama itu seringkali menggunakan perkataan-perkataan dan pendekatan 'dua makna' atau 'mesej tersembunyi' untuk mempromosi dan melariskan produk.

Lazimnya, imejataupun kata-katayang mengiringi iklan-iklan itu juga kurang senonoh dan berbaur lucah. Nampaknya kebelakangan ini, terdapat pengiklan yang mengetepikan batas tradisi dalam mempersembahkan iklan, justeru iklan-iklan berunsur lucah terpampang di merata tempat terbuka.

Tidak lama dahulu, terdapat iklan produk kopi tradisional yang kononnya mampu meningkatkan kemampuan tenaga batin lelaki, menampilkan gambar katil yang patah kakinya, sekali gus mengundang pelbagai tanggapan. Selain itu, antara iklan yang mengundang tidak puas hati Nurhayati adalah yang menggunakan kata-kata ?Subuh Baru Cabut?(kemampuan lelaki bersanggama hingga menjelang pagi) .

Satu lagi iklan adalah mengenai remedi tradisional untuk membesarkan payu dara yang menampilkan kata-kata 'Suami Lemas Dalam Dakapan' dengan diiringi imej wanita dengan payu dara yang 'kencang' dengan gaya menggiurkan. Produk lain seumpamanya pula cuba memikat pembeli dengan kata-kata 'Montok, Gebu, Ketat, Mantop'.

Kesemuaimejdankata-kata itu membawa maksud yang menjurus kepada maksud tersembunyi danpastinya akanmencetuskan rasa ingintahu mengenai maksudyang tersirat dalamkalangan individu, apatah lagi kanak-kanak.

IMPLIKASIIKLANMELAMPAU

"Sebagaiseorang ibu, saya malu dan tidak selesa apabila melihat iklan-iklan yang sememangnya tidak sesuai dipaparkan kepada umum. Seringkalinya iklan mengenai ubat kuatuntuk lelaki dan pasangan berkahwin sangat 'meloyakan'.

"Malah, iklan sepatutnya mampu mendidik orang ramai dan bukan memanipulasi pengguna untuk memilih produk mereka," kataibu kepada tiga orang cahaya mataitu.

Beliau yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (Felda) Bandar Baru Serting di Jempol, Negeri Sembilan berkata, pengusaha dan pengiklan perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikan kaedah pengiklanan mereka tidakmelanggarnorma-norma masyarakat.

PERKARA TERLARANG JADI MODAL PUBLISITI

"Contoh-contoh di atas hanyalah sebahagian kecil sahaja, itu belum lagi lambakan iklan-iklan yang terdapat dalam talian dan melalui pelbagai platform media sosial termasuk Facebook dan Instagram.

"Iklan-iklan tersebut tampil dalam bermacam-macam ragam dan gaya ... cara mereka bercakap dan gaya berpakaian membuatkan kita terfikir, apakah sebenarnya yang ingin ditonjolkan?," katanya yang sangat kecewa dengan strategi pengiklanan yang mengambil jalan mudah untuk memancing pengguna dengan unsur-unsur lucah.

Sepertimana Nurhayati, ramai dalamkalangan masyarakat yang menyedari akan ketidaksesuaian iklan-iklan itu dan bimbang terhadap keberanian golongan pengiklan yang tidak mempedulikan sensitiviti dan larangan dalam usaha meningkatkan jualan produk mereka.

Mengulas kebimbangan mengenai perkara sama,Pensyarah Kananyang juga Felodi 'Advanced Communication Research Unit'Pusat PengajianTeknologiMultimedia & Komunikasi UniversitiUtara Malaysia, Dr Mohd Khairie Ahmad berkata, senario?perlumbaan'dan persaingan sengit dunia perniagaan pada masa kinimenuntut peniagamenjadi lebih kreatif dalam memasarkan produk mereka melalui pelbagai kaedah dan strategi.

"Setiappengusaha mempunyai caratersendiri untuk mempromosi produk masing-masing.Namunmereka tetap perlubermoral dan beretika, seiring dengannilai agama, kerohaniandan amalan yang didukungmasyarakat.

"Justeru, dalam usaha mempromosi apa jua produk, perlulah bertunjangkan akal budidan acuan budaya masyarakat kita. Iklan jelek dan berbaur lucah, contohnya, hanya menunjukkan sikapindividualistikdan materialistikkerana sanggup meletakkan nilaiwang ringgit mengatasi tatasusila dan moral masyarakat," katanya.

PERLU ADA TAPISAN KENDIRI

Mohd Khairie juga berpendapat, walaupun strategi pemasaran menggunakan iklan yang dianggap tidak sesuai mungkin berkesan bagi pengiklan tetapi masyarakat terpaksa menanggung implikasi negatif daripada iklanitu.

Dalam jangka masa panjang, ia akanmemberikesannegatif kepada negara keranadibimbangimembawa kepadamasalah sosialakibatdimomokkan dengan budaya yang sedemikian.

Beliau juga menegaskan, tidak seperti iklan di media cetak, adalah tidak mudah untuk memantau iklan dalam media sosial. Lompong-lompong yang terdapatdalampenguatkuasaan peraturan-peraturan atau garis panduaniklan di media sosial menjadikania sukardibendung lantas menyumbang kesan negatif terhadap masyarakat.

"Justerusebagai langkah asas, setiap pengusaha dan pengiklanperlu mempunyai 'tapisan kendiri'dan mempunyai rasa tanggungjawabdalam menghasilkan iklan yang tidak melanggar prinsip budaya, etika dan nilai masyarakat negara ini. Malah, Advertising Standards Advisory Malaysia sedang berusaha untuk memastikan sistem pengawalseliaan sendiri berfungsi demi kepentingan awam.

"Pengguna juga boleh membantu dengan menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap iklan yang dianggap tidak wajar dan membuat aduan dengan pihak berkuasa, memboikot produk dan menghentikan iklan daripada menjadi tular dalammedia sosia," katanya.

BERNAMA